Followers

Friday, April 8, 2011

Alhamdulillah Rezki Allah Melimpah Ruah ;)

. Friday, April 8, 2011

Lilypie Maternity tickers

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt sbb rezkiNya yg berganda buat kami suami isteri..4 bulan menunggu akhirnya ada juga rezki utk kami...husband org yg paling x keruan x percaya aku dh pregnant haha...puas dia dok tny aku btl ke ni ??? eeee ya Allah betol ke?? ya Allah *dgn muka sgt excited* itu dr mulot dia....x lupa jg amalan kami berdua selepas solat & sebelum masuk tidur baca doa utk dptkan zuriat antaranya :

surah Al-Anbiya' ayt 89:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

surah Yasin ayt 82 - 83:
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.



***********************


alahan utk aku xdela teruk mana alhamdulillah , ms dh delay period tu dtg jgla demam 3hr turut2 demam, lemah bdn x bermaya, suhu badan kejap panass, kejap sojuk mengigill2, ...muntah2 tu ada juga tapi xdela mcm setangah org sampai pengsan...ya Allah haii...aku yg muntah x kerap tu pun dh longlai , inikan pulak yg dan dtg muntah x berenti2 tu cemano lak kan...tu yg mika terbaring je tu kot, then kene warded masuk air, wallahualam...mintakla dijauhkan...

1 weeks delay aku try test kat uma, then cnfirm double line,
then nk msk mggu ke 2 tu, asma aku makin menjadik lak an...nak pakai haler risau efek kat baby...so then aku gi ke klinik utk tny pndpt doc...doc buat upt kat aku, so seken test...mmg double line, cnfirm pregnant huhuuuu then doc nasihat mintak aku try amik haler special utk pregnant...sdd dos dlmnya xdela setough dos dlm ventolin yg biasa aku pakai tu kan...then doc bg aku ubat calsium n acid folic utk supplement harian.

Doc pn bagitau due date sekali...yg surprisenya due date baby sama dgn tarikh lahir n tarikh nikah aku hahaha baekk punya plan...Subhanallah...mmg dh sedia maklum jangkaan bersalin tu ikotkan hanya 5% wanita je yg cun3 beranak btl2 ikot due date tu memasing, tapi aku dh mmg teruja gilerss laa bila dpt tau doc ckp cmtu hahaha...so anak peliiissssla kuar 26hb yerpp leh kita celeb besday dgn wed anyberseri mama papa sekali
sesama kekekekek :P

Dengan selajunya bila dh je dpt tau pregnant terus daftar kat baby center baby jonhson, sbb excited nak tau mcm mn perkembangan baby...then below perkembangan fetus utk hamil 6 miggu cekit out ;)

Perkembangan fetus - hamil 6 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

tunas kaki
jendul jantung
rahang bawah
tunas lengan

Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda.

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Pusat sumber kehamilan awal kami akan membimbing anda untuk melalui minggu-minggu pertama kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


sumber : http://www.babycenter.com.my/

8 comments:

Atiqah Adnan said...

wah tahniah.. rezeki Allah dah beri.. jaga leklok k.. makan ubat tau.. ^^ awal kandungan kena jaga leklok eak..

nenekrock said...

kak atiqah:
thanks kak, mudahan insyaAllah...sy igt pesanan akk tu...mudahan Allah permudahkan segalanya amin~ ;) ♥

Intan and The Boys said...

mcm tak percaya adikku yang comel lote ni dah nak jadik mak orang.

congrats elly! :) jaga diri bebaik tau. jgn lupa makan vitamin dan minum susu!

nenekrock said...

kak intan:
akk x cayer sy tuan bdn lg x cayer haha...alhamdulillah kali ni Allah bg jg peluang...hope sesgt dilindungi seadanya

thanks igtkan adik ^ ^ ubat tu yg kdg2 lupa nk mkn kene set reminder pahni haha

Sitie BUm BUm said...

Tahniah!!! Petua doa2 tu boleh bg kakak ct amalkan... diorng dh kawin tahun lepas tp masih xdpt2 lagi anak.

nenekrock said...

kak ct~assalam kak ct ^ ^
xpe kak semuanya rezki Allah cuma cpt atau lambat je...ape pn kita cuba ikhtiar jgn putus asa ;) insyaAllah Allah makbulkan apa yg kita hajati itu ;)

butik pengantin said...

Samada isteri yang mengidam atau suami yang mengidam.
Apapun tahniah

nenekrock said...

vtk pngntin~ btl tu ...^ ^ mudahan Allah permudahkan segalanya aminnn ;)