Followers

Thursday, May 7, 2009

isu peragut makin HOT skang

. Thursday, May 7, 2009

Kejamnya peragut



Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.

Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh.

Di Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun mati akibat ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya berusia 58 tahun daripada menjadi mangsa ragut di rumahnya di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara kelmarin.

Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya.

Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas



-----------------------------------------------------------------------------------

Nenek, 86, mati cuba selamatkan anak diragut

PULAU PINANG 6 Mei - Ketika isu ragut sehingga mengorbankan nyawa hangat diperkatakan, seorang lagi maut kerana jenayah tersebut yang semakin berleluasa itu.

Kali ini, seorang nenek Tom Salleh, 86, menjadi mangsa. Dia cuba menyelamatkan anak perempuannya berusia 58 tahun yang dikejar dua peragut sehingga ke dalam rumah.

Insiden itu berlaku pada pukul 12 tengah hari di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU), dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said berkata, mangsa mati akibat kecederaan di kepala dipercayai ditumbuk oleh dua suspek yang sebelum itu cuba meragut rantai leher anaknya.

"Wanita itu didatangi oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal Yamaha RXZ berwarna merah dan berpura-pura bertanyakan mengenai anaknya yang kononnya berhutang dengan mereka.

"Namun dia menyedari kedua-dua suspek itu menipu apabila menyedari nama tertera di atas kertas itu bukan anaknya lalu bergegas melarikan diri ke dalam rumah," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek itu kemudiannya mengejar wanita tersebut sehingga ke dalam rumah dan cuba meragut rantai leher yang dipakainya yang dianggarkan bernilai RM2,000.

Jelas beliau, ibu wanita itu yang menyedari kejadian tersebut cuba membantu anaknya tetapi ditumbuk oleh salah seorang suspek sehingga terjatuh ke lantai rumah.

"Mangsa yang mengalami bengkak di mata dan berdarah di bahagian belakang kepala disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.

"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan," jelasnya.


----------------------------------------------------------------------------------------


nauzubillah himinzalikk....apa nak jadi skang wehhh memang risau melandalarisau tuk diri sendiri mak abah aku, adik2 aku , serta family aku yg len...menjadi-jadi dah isu ragut ni..apa yang pasti kaum wanita jadi sasaran utama yang menyedihkan is wanita mengandung bayangkan giler x giler...binatang ke tak binatang org yg ragut tuh...

pagi tadi pun hotfm de bincang psl isu ni...pada uols yg drive lonely, kuncila kereta seadanya...jgn simply letak brg berharga dlm keta x kirala hand bag ka...laptop ka....camenra ka.....apa saja brg berhargalah...jika ada brg semua tu dlm kereta mmg korang cari nahaslah wehhh...kalo nk simpan pn simpanla di tempat yg tersorok cth: bawah seat keta uol tuh....then bagi yg bwk moto plak...korang pikirla betol2 sblm nak bwk hand bag ka or etc...jgn plak korang letak beg korang tuh dlm bakul bodo2 gitu jek mmg carik pasal la uols kalo cmtuh....skali peragut tuh hamik ternganga korang....senang cerita kalo nk gi memana masukkan duit dlm kocek ajela senang bwk btl2 ic, lesen dgn duit ok idakla merisaukan ok

harap semua pasni bukakk mato luas2...sentiasa berhati-hati ok...thenyang pnting amalkan ayt suci al-Quran tuh insyaAllah kita sentiasa dilindungi...amalkan ayatul Kursi tu eh kwn2 bgs tu semua dh hafalkan....semoga Allah lindungi kita


23 comments:

atie said...

Betul elly...peragut nih macam takde perasaan langsung...Kesian tuk yang menjadi mangsa kan, harap kita dan keluarga kita dijauhkan daripada semua tu.....

Precious said...

Semakin banyak kisah pelik akhir2 nih ... Dunia menuju ke pengakhirnyer ?

aRe_uDear said...

Memang kejam drg nie.. x berhati perut langsung... yer lah kalo ditgk pun lately nie bnyak dah berlaku kes yg hampir same.. aper nak jadi....

Suziey Ahmad said...

mmg geram sgt dgn peragut nih..dunia tgh gawat..tu je cara dorang nk cari dit..kalu dpt tangkap elok hukum gantung jek..bior tkut sket..ni hukuman ringn sgt..mane org nk tkt.

Atiqah Adnan said...

kejam sangat laa... rase cam nak bawa beg plastik je pi keje.. n bawa dUit cukup2 je.. bole x?

Neeza.Areef said...

ell..dah la kejadian kt johor tu kira dekat je ngn area k.niza
sedihnya..dulu masa akak duk air itam taman kejadian tu salu gak akak lalu lalang..takotsnya.s.eb x dok situ lg

nenekrock said...

kak atie tula kak depa xde duit tp amik jln singkat cmtu hermm x pk effect dia plakkan xde perikemanusiaan lgsung

nenekrock said...

precious btl jugak tuh dunia akhir zaman dh ni

nenekrock said...

ayu kes ni pun dekat2 kan risau btl
lepas ni nk kemana-mana sorg risauuu ya Allahhh

nenekrock said...

ka suzie kasik hukuman gantung pon bagos jg sbb sabit dgn membunuhkan
elokla diusulkan kak x pon ikut hudud kasik potong je tangan kaki tu semua

nenekrock said...

kak qa itu yg terbaik skali
biar org tgk kita ni papa kedana asl depa x kaco kita kak kan

nenekrock said...

kak niza alhamdulillah akk dh pindah dr kwnsn tu kak kalo x risau jg hope temp akk dok skang ni selamatla mudahan

CuTeMiUt78 said...

betul la dik.. sekarang ni byk sgt kes2 ragut ni yg membabitkan ibu2 ngandung ni kan... tak patut langsung.. dilepaskan itu peragut.. wajib dihukum smpi mati baru adil..

attyfir said...

sedih dah le preggy..anak 5 kalo tak silap..kejam betui depa skrg..

kty tingat masa dulu pernah nak kena ragut..berguling2 ke jalan..nasib pakai beg sempang masa..tu..peragut tak berjaya..seriau rasanya..

kinrara said...

haaa mmg sakit at kt org@binatang nih...yg kt kota br tu tul2 kg cik abg sy..jln yg biasa kitaorg lalu..kt kg cmtu pn dh ada peragut..ni kn plak kita yg kt kl ni..so hati2 la yerk...

Na Shari said...

Semoga Tuhan melaknati peragut-peragut yang tak berperikemanusiaan itu...

nenekrock said...

ntah berjiwa binatang btl
ibu mengandung tu haihhh
bodolaaa otak letak kat kaki

nenekrock said...

kak ty bahayala akak
akak x cedera pape ke berguling-guling tuh risau efek bila dh berusia tu nnti...akak rajinla pi berurut eh
bahaya kak ty

nenekrock said...

kak jas tulakan
dekat pekan kecil pun aktibiti ragut semudah abc ni kat kl penuh dgn ramai jenis org yg x kaya pn berlagak kaya
bawak hand beg x hengat lenggang kangkung apa x kena ragutnyaakan

nenekrock said...

aminnnnnnn
ely setuju kak na
mudahan Allah swt bagi balasan
yang setimpal

Mak Su said...

Ya Allah.........
:(

tak terkata

cik bedah said...

wan ak penah kena...
peragut tu dtg umh..
tny psl paksedara ak
alih2..
die ragut gelang tgn nenek ak
nenek ak da la da bngkok 3..
tlga da x dgr..
mata da x nmpk..
bdn da x kuat..
terduduk beliau dek perangai binatang org tu..

tu la..nk kata camne lg..
ade yg cri duit sbb kesempitan yg amat..
ade yg wat cmni sbb kesempitan..
tp x nak usaha mncari....

jd...camne??

Anonymous said...

huhu..
tu ar..pe kata..
bwak handbag dalam isi batu..
wallet letak dalam poket..
style x?hahaha..