Followers

Monday, June 15, 2009

KATA-KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN.

. Monday, June 15, 2009

salam isnin buat semua
semoga hari ini bakal menceriakan hari-hari anda yang lain
hrni aku nak kongsikan serba sedikit
kata-kata hikmah drpd KHULAFA' UR RASYIDIN.
semoga kata-kata ini dpt menyedarkan kita juga
dpt memperbaiki diri kita yang largha ni
mudahan insyaAllah



Syd. Abu Bakar ra. Berkata;

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

- Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada

tempatnya.

- Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

- Hartanya menjadi rebutan oarang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan.

- Adakalanya harta itu akan dicuri dan akan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan

yang tak berguna.


Syd. Umar Al Khattab ra berkata;

- Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya.

- Orang yang menghina orang lain, dia juga akan dihina.

- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

- Barang siapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan dijaga.


Syd.Uthman Ibnu Affan ra berkata;

Antara tanda-tanda orang bijaksana ialah;

- Hatinya berniat suci.

- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.

- Kedua matanya menangis kerana penyesalan di atas dosa-dosanya. Segala perkara

dihadapinya dengan sabar.

- Mengutamakan kehidupan akhirat.


Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata;

- Tiada solat yang sempurna tanpa khusyu'.

- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri dari perbuatan yang sia-sia.

- Tiada kebaikan Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

- Tanpa kebaikan orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.

- Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi.

- Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimilikinya.

- Doa yang sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

- Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, maka hilanglah harga dirinya,

siapa yang hilang harga dirinya berarti tidak wara', sedangkan orang yang tidak wara' itu

berarti hatinya mati.






2 comments:

Cik Bee said...

terima kasih atas perkongsian ini..
kadang-kadang peringatan yg dianggap remeh inilah yang patut selalu di ingatkan....

sebab, manusia mudah lupa..

tq, buddy

nenekrock said...

ermmm manusia skang kata2 bermakna
mcm ni biasanya ditolak tepi dulu
kenapa ye???

x phm dgn manusia kini

sama2 kita share eh
misz A.C.C.A