Followers

Friday, April 24, 2009

Cium anak pun boleh dapat pahala

. Friday, April 24, 2009

Cium anak pun boleh dapat pahala

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama

orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis

takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat

syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah

kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang

menyukai kanak-kanak.. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa

memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang

dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut

diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia

memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat

berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka

barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”

Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak

terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”











p/s: Salammm Jumaat buat semuaaa...happy weekend hhehehehe =D

11 comments:

Precious said...

TQ TQ kerana mengingatkan. My doter dah gi skolah. My son pun. Nanti petang I kiss mreka. You pun kiss anak2 you, ek!

Suziey Ahmad said...

seb bek hari2 tiap masa msti cium aQeel..bkn cium anak je tau dpt pahala..cium suami pn dpt pahala...lebih dr cium pn dpt pahala gk..ekeek:D oopppssss trlebih plak..hhaha:p

aRe_uDear said...

adeii nenekrock ayu xde baby lgi nie.. xper g cari Mak r... makkkk...

aCik Anie said...

senangnya kita nak dpt pahala kan... tapi yg sedihnya ramai jugak kaum hawa yg masuk neraka.. Nauzubillah

nenekrock said...

Precious:
haluuu kawe kaweng pong dok agi haks
kalo ado anok pelik tuuu :))

nenekrock said...

kak suzie:
ermm akakk leh terangkan
lebih dari cium tu apa eh
elly kurang paham di situ
=P

nenekrock said...

ayu:
asal carimak carila tok laki kamu kak ayu uihh haks

nenekrock said...

kak anie:
perempuan sbb byk sgt berkorban kak
sbb tu la

ArPeGGiOS said...

ely..... nak cium sikit

nenekrock said...

kak miza:
yaperdaaa mimpikah nak yom ely???

CuTeMiUt78 said...

yup.. betul tu.. akak pun ada simpan pasal email ni