Aku dapat emel lagi tertarik baca kesah SI SUAMI YG TERTEKAN NI
so bagus share sama dgn uol...kadang2 kita ni pempuan ego melampau2kan smpai org kecik ht kita x sedar...makanya aku nk share kesah brader ni kat uol...harap korang leh bagi respon seadanya...mana yg baik kita share bersama eh
----------------------------------------------------------------------------
Masalah yang saya hadapi ialah kerenah isteri yang tidak hormati suami, sensitif tidak mengena dan tidak boleh menerima teguran. Contohnya bila saya menegur anak-anak, isteri pula yang naik berang kerana ‘terasa’ itu salah dia, dan pertengkaran bermula dan berlaku di hadapan anak-anak.
Empat tahun lalu kami pernah bercerai akibat selalu bertengkar di depan anak, tetapi rujuk semula selepas menghadiri kaunseling dan memikirkan kepentingan anak-anak.
Isteri tidak mahu ada pembantu di rumah, tetapi kerana sibuk dengan kerja rumah dan menghantar anak-anak ke sekolah, dia tidak mampu menguruskan rumah dengan sempurna.
Kadang kala saya terpaksa jadi pembantu rumah di hujung minggu kerana malu dengan keadaan rumah yang kotor.
Isteri berdegil tidak mahu menggunakan perkhidmatan pembantu rumah yang datang seminggu sekali.
Apabila saya menegur isteri melakukan kesilapan, dia akan meninggi suara sehingga jiran pun boleh dengar.
Saya cuba bersabar dan tidak pernah memukul isteri tetapi kesabaran saya ada hadnya. Saya sudah cuba tidur berasingan bila marah kerana takutkan perasaan marah saya akan mengeruhkan keadaan tetapi dia tetap tidak berubah.
Apa yang perlu saya lakukan? Saya berasa sungguh tertekan.
SUAMI TERTEKAN
Pulau Pinang
JAWAPAN
Mendidik isteri tidak mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Justeru Allah meletakkan talak itu di tangan suami yang lebih praktikal dalam membuat keputusan serta tidak emosional. Apa yang saudara dan isteri perlu sekarang ialah komunikasi suami isteri yang berkesan.
Apa yang saudara rasakan selama ini serta kehendak tuan tidak pernah difahami isteri dan apa yang isteri rasa pula tidak dapat saudara selami. Itulah yang menimbulkan salah faham kedua pihak. Sebagai suami tuan perlu memanggil isteri untuk duduk berbincang kehendak tuan serta kehendak isteri.
Selepas berbincang dan meluahkan perasaan masing-masing barulah timbul di mana perbezaan. Kemudian kedua pihak perlu ada tolak ansur dalam mencari kata sepakat bagaimana hendak diurus perbezaan ini untuk kebaikan rumah tangga.
Dalam mencari kata sepakat mesti berlandaskan tolak ansur dan persefahaman antara kedua pihak dan perasaan cuba menghormati kehendak dan keperluan pasangan.
Sebagai suami saudaralah yang perlu meneraju mengajak isteri berbincang.
Jika semua ini gagal barulah dikatakan bahawa tiada persefahaman antara pasangan yang mana islam memberi jalan keluar terakhir iaitu berpisah walaupun ia halal namun dibenci Allah. Justeru ikhtiarlah mencari jalan keluar terlebih dulu.
SOALAN
SAYA sudah berkahwin selama 18 tahun dan mempunyai empat anak (sembilan hingga 17 tahun). Isteri saya suri rumah dan Alhamdulillah pendapatan saya sebagai jurutera kanan melebihi keperluan keluarga kami. Kami sekeluarga melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim (sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain).
Masalah yang saya hadapi ialah kerenah isteri yang tidak hormati suami, sensitif tidak mengena dan tidak boleh menerima teguran. Contohnya bila saya menegur anak-anak, isteri pula yang naik berang kerana ‘terasa’ itu salah dia, dan pertengkaran bermula dan berlaku di hadapan anak-anak.
Empat tahun lalu kami pernah bercerai akibat selalu bertengkar di depan anak, tetapi rujuk semula selepas menghadiri kaunseling dan memikirkan kepentingan anak-anak.
Isteri tidak mahu ada pembantu di rumah, tetapi kerana sibuk dengan kerja rumah dan menghantar anak-anak ke sekolah, dia tidak mampu menguruskan rumah dengan sempurna.
Kadang kala saya terpaksa jadi pembantu rumah di hujung minggu kerana malu dengan keadaan rumah yang kotor.
Isteri berdegil tidak mahu menggunakan perkhidmatan pembantu rumah yang datang seminggu sekali.
Apabila saya menegur isteri melakukan kesilapan, dia akan meninggi suara sehingga jiran pun boleh dengar.
Saya cuba bersabar dan tidak pernah memukul isteri tetapi kesabaran saya ada hadnya. Saya sudah cuba tidur berasingan bila marah kerana takutkan perasaan marah saya akan mengeruhkan keadaan tetapi dia tetap tidak berubah.
Apa yang perlu saya lakukan? Saya berasa sungguh tertekan.
SUAMI TERTEKAN
Pulau Pinang
JAWAPAN
Mendidik isteri tidak mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Justeru Allah meletakkan talak itu di tangan suami yang lebih praktikal dalam membuat keputusan serta tidak emosional. Apa yang saudara dan isteri perlu sekarang ialah komunikasi suami isteri yang berkesan.
Apa yang saudara rasakan selama ini serta kehendak tuan tidak pernah difahami isteri dan apa yang isteri rasa pula tidak dapat saudara selami. Itulah yang menimbulkan salah faham kedua pihak. Sebagai suami tuan perlu memanggil isteri untuk duduk berbincang kehendak tuan serta kehendak isteri.
Selepas berbincang dan meluahkan perasaan masing-masing barulah timbul di mana perbezaan. Kemudian kedua pihak perlu ada tolak ansur dalam mencari kata sepakat bagaimana hendak diurus perbezaan ini untuk kebaikan rumah tangga.
Dalam mencari kata sepakat mesti berlandaskan tolak ansur dan persefahaman antara kedua pihak dan perasaan cuba menghormati kehendak dan keperluan pasangan.
Sebagai suami saudaralah yang perlu meneraju mengajak isteri berbincang.
Jika semua ini gagal barulah dikatakan bahawa tiada persefahaman antara pasangan yang mana islam memberi jalan keluar terakhir iaitu berpisah walaupun ia halal namun dibenci Allah. Justeru ikhtiarlah mencari jalan keluar terlebih dulu.
----------------------------------------------------------------------------
kesah mereka ni bagi aku sgt releven dgn n3 aku sebelum ni bila di renungkan kes ni dgn berbalik pada n3 aku sebelum ni " KUASA MUTLAK SUAMI" masyaAllah
betapa besarnya dosa si isteri pd suami nauzubillah....mintalah dijauhkan..
aku ambil ni sebagai pedoman utk aku jg...yg aku pun apa kurangnya jenis melawan jugak hermmm...sama2 kita perbaiki kelemahan diri k

16 comments:
kene jaga la ek
laki pon sama
kdg2 kene ngalah jugak
akak rasa cik nenekrock kite nie macam dah bau2 nak makan nasik minyak dah nie..hikkkksss larikkksss
huhuhu...dah dpt suami elok baik budi isteri plak wt pangai....huhuhuhu
patutnya isteri tuh bersyukur dpt suami baik camtuh...kan
mcm2 kan hal umahtangga nih..
mintak2 la x jd cmnie
ye betul sama2 mengalah kan tak de pergaduhan
nenekrock, jemputlah amik la award dr saya tq
adik jugak pompuan cmtu ek?
jom same2 jadik isteri solehah!
ayak!
melom ag!
hee~
kadang2 apa yg kite buat ni, kite x sedar slagi xde org yg menegur..
mmg kena ada giv n take dlm satu2 hubungan itu..
kesian si somi tuh..doakn yg terbaik wat mereka..
sama2 le ..amik iktibar citer nie..
ish.. minta dijauhkan la kan.. memang byk kes camtu.. somi dah cukup baik tapi isteri tak besyukur.. kita ni sepatutnya kan (utk yg dah kahwin la) terima seadanya camne somi kita tu.. dan bersyukur.. terima segala tegurannya.. kan ke teguran dia tu, utk membina keluarga.. tapi tgk gak keadaan kan..
akak lagi suka kalau dapat wiken helper...
tengah carik.....lom jumpa jer..
tapi suami pun...ringan2kan la tangan tu..
si isteri tu pun melampau jerit kat somi...cakap je la bebaik.
Haiyo...tak cium bau syurga dowh!
erm..agak melampau la bini lwn ckp suami cenggitu. dh dpt laki baek g pijak pale..not allowed!! dpt laki kaki pukul..haaaa, br rase..
eh2...
teremo lak..hohoho...
p/s::sy pown jenis ske lwn and xdgr ckp gak..hehe..hopefully xde la t'bwk2 smpi kawen kannn..ish..dosa2..
sesguh nye....mendidik isteri lbh mencabar dr mendidik anak...
kesian abg nakkal mendidik aku..
ari2 thn je ati dgn degil aku...
sian die....
nk g polok mnt maaf la..
hahahahhahahah...
pastu wt jht blk...
hahahahahha
gilonye cik bedah..haha..
btw,nape la suami tu tak bwk isteri die skali skala g bercuti berdua..anak tu tinggal la kat umah sdara buat sementara waktu..bak kata org,menghidupkan kembali seri rumah tangga..haha..=P
masa dah ok bleh la duduk berbincang,tapi bila dah emosi,meroyan,mengaruk,lantak la apa yang dah dibincangkan..baik tak payah duduk bincang kalau tetap melawan..
Post a Comment