Followers

Wednesday, July 1, 2009

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

. Wednesday, July 1, 2009



W
ahai sahabat-sahabat nenek sekalian...hrni nenek nak share emel yang nenk dapat...
mmg interesting...insafff kejap aku baca...ini semua panduan utk kita di akhirat nnti sama-sama kita renungkan kembali eh............BACA SAMPAI HABISSSS!


Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU



Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya



Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?


Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.


Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.


Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.


Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.


Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.


16 comments:

Cik Bee said...

wah.. sangat best n3 kali ni...
bukan hak kuasa sape-sape yg harus dipersoalkan..
harus si ingat, bgaimana nak guna kuasa itu dengan betul..
gud job laa nek!

~saya mau kawen.. la la la~

nenekrock said...

misz A.C.C.A btl2 ana setujulaaa
marilah kita sama2 maaf maafan sesama kita


dan!

jaga perangai kita dr buat org lain sakit ht

=D


p/s: ajak nenek kalo kawen eh hihi

yanamib said...

wow mmg insaf bc n3 ni..hopefully smpi ble2 pon beringt. jgn hangat2 tahik aym jeeeee...huhu..^_^

Intan and The Boys said...

hwooaaaa!!!
cayalah.
dasat nih.

hmm..
memang skang ni kena dengar cakap suami.
nak degil2 pon, kena ikut masa dan keadaan.
takleh buat macam time bercinta dulu.
nak marah, marah jek.
nak majuk, majuk jek.

skang ni, biarpon akak rasa dia yang salah, tapi akak minta maaf jugak.
sebab kadang2 memang tak tau siapa punca gaduh tu.
kan?

ArPeGGiOS said...

sebelum titon harus maaf maafan...

attyfir said...

entry yg sangat bagus..tq elly

Na Shari said...

Thanks for sharing this valuable info dear...

Akak selalu tanya abang, ada tak dia kecik hati dengan akak...kalau dia cakap tak, akak ulang lima enam kali sampai la akak betul2 yakin yang mmg dia tak de rasa kecik hati dengan akak...kalau dia cakap ada...time tu jugak akak minta ampun...


Takut tau...

cikbedahlaser said...

ehh tukar header ekkk

gud entry..
mule la teringt dosa pd mak..
dosa pd abg nakkal...
hari2 cri pasal..
cane nih?
dulu ade gak die ckp...
abg dah lama maaf kan syg..
skrg...
hmm je...
nmpk sgt aku suke wat die marah
hahahahahahhaahha

semoga terus bahagia.....
hahahahahahhahah

dr aku...isteri mee tali

nenekrock said...

yana ko mcm org lagi 3 hr nk kawen lak
hihi..x sabo nk mkn ns minyak petrol ko haks

Unknown said...

nice..
=)

nenekrock said...

rili nice ^ ^

CuTeMiUt78 said...

yup..betul tu.. akak pun ada terima email ni.. :D

nenekrock said...

"takleh buat macam time bercinta dulu"

akk sebut tu buat ely
tersedar dr lamunan
ely kan jahat selalu marah itu ini dgn noi, tapi dia sabar je hermmm
teruk angin kuss2 ely ni
mmg dalam usaha ely improvekan diri
uol doakan ehhh

nenekrock said...

kak miza cmno caranynk bermaafan itu! hehe

nenekrock said...

kak ty sama-sama kita share eh
=D

nenekrock said...

ni yang ely nak dgr dr kak Na ni
jenis org mcm akk tggi peribadi
lemah lembut tapi tegas
kalo ely jnsnya ego tggi...cara nk hapus ego ni x susah...senang sgt
TAPIII kalo ego dh kuasai diri hermm tu kene carik penawarlah nnti mkn diri


cthnya situasi katakanlah sedang asyik bergaduh perang mulut atau pun perang sms beter kit ambilla jln penyelesaian dgn bw diri dulu tngkn diri, JANGAN lama sgtla

cuba selam balik kenangan manis dgn si dia jasa baik yg dia buat pd kita..kita ni pempuan kdg2 nak laki ni penuhi sepenuhnya kehendak kita...suppose x bolehlakan MUSTAHILLAh...dari situ mulala gado sana sini kan hermm ni ely ckp bedasarkan pengalaman

so bagi yg perempuan rendahkalah ego
ely yakin ramai perempuan yg ego kan
cuba maafkn pasangan dan lemah lembut dgn mereka

thanks kak Na sudi share =D